Protected by Copyscape Plagiarism Detector

14 April 2011

Maharaja Lawak!

selamat pagi buat semua.hari ini merupakan hari khamis.esok dah jumaat.sekejap saja masa berlalu pergi.alih-alih,kitaran masa sedang berputar tanpa menunggu kita.benar,amatlah rugi bagi mereka yang tidak memanfaatkan masa mereka dengan betul.bagi mereka yang bekerja,teruskan bekerja dan yang belajar teruskan belajar.tetapi jika hendak melakukan sesuatu perkara,biarlah bijak.bijak dalam mengurus masa agar kehidupan menjadi sejahtera serta bebas dari tekanan.

untuk menuju ke arah itu,kita perlukan bahan hiburan yang boleh memberi keceriaan kepada kehidupan kita.sedang aku melayari internet,aku terjumpa slot maharaja lawak di youtube.aku mula menontonnya dari minggu pertama hinggalah ke minggu kedua,yang paling latest buat setakat ini.

pada aku,maharaja lawak adalah rancangan hiburan humor yang boleh tahan.tidak seperti raja lawak yang seakan-akan rancangan yang kurang meyengat.material lawak yang kurang 'kow'.bagi pengetahuan semua,maharaja lawak adalah himpunan peserta-peserta dari finalis-finalis raja lawak sebelum ini.so,secara tidak langsung,kualiti lawak diperoleh serta diadun dengan pengalaman para peserta di dalam dunia seni yang realiti.para peserta dikutip dari musim awal rancangan hingga rancangan raja lawak musim yang terbaru iaitu raja lawak 5.

memang,terdapat juga peserta-peserta yang low class dalam rancangan maharaja lawak ini.aku malas nak menyebut nama.semua boleh menilai.ada juga yang mempersembahkan prestasi yang turun naik.mungkin masih terlalu awal untuk kita mengadili mereka.namun,secara keseluruhan,bagi aku,rancangan ini lebih kelakar daripada raja lawak.berbaloi juga la kalau nak tengok.berbeza dengan raja lawak,penonton-penonton dilihat lebih gemar melihat johan dan zizan beraksi sebagai pengacara berbanding peserta.

AC Mizal menjadi hos bagi rancangan ini.boleh la.ingin aku nyatakan secara terbuka,aku menyokong kumpulan jambu,gandingan Yus dan Tauke dari rancangan raja lawak musim pertama.persembahan mereka agak kreatif dan matang.idea yang lain dari yang lain.lawak mereka dilihat lebih bersahaja tanpa perlu dibuat-buat.para peserta lain pun ada umhp tapi perlu diperkemaskan dengan idea-idea yang menarik.

apa pun,aku menunggu minggu-minggu yang seterusnya.harapan aku,kualiti lawak dipertingkatkan.ya,bukan senang untuk berlawak.tetapi sekurang-kurangnya mereka dapat memberi idea-idea yang terbaik bagi menambat hati para penonton dan bukannya mempersembahkan persembahan seolah-olah membodohkan diri kita di atas pentas.








2 comments: