Protected by Copyscape Plagiarism Detector

25 November 2011

Menguli Tepung!

Hari ini bersamaan hari jumaat.aku masih lagi tak tidur.aku dan rakan-rakanku berhempas pulas menyiapkan hidangan roti jala dan donut coklat.


Inilah kali pertama aku belajar cara membuat bentuk donut dengan menguli tepung.ia tak semudahnya yang disangka.memerlukan kesabaran yang tinggi dan nilai seni yang tersendiri.


Semua juadah yang kami hasilkan ini adalah untuk mencari rezeki yang halal.inilah pengalamanku.walaupun aku tidak menyumbangkan modal sekurang-kurangnya aku dapat membantu mereka apa yang patut.pengalaman luas menjadikan kita insan yang berguna.


Pada hari ini juga team aku akan bermain menentang pasukan katang fc.semoga pada hari ini aku akan dapat menjaringkan gol.masa untuk aku di sini semakin suntuk.


Aku berharap dengan secebis pengalaman aku pada hari ini memberikan aku seribu erti untuk aku pada masa hadapan.


Yo..yo..yo..!


Published with Blogger-droid v2.0.1

24 November 2011

Lain Orang Lain Ragam!

Manusia.Manusia.Manusia.


Pelbagai orang di muka bumi ini.Lain orang lain ragamnya.


Kalo nak cerita pasal ragam manusia memang takkan habis.Jenuh aku nak ulas satu-satu.Pening.


Apa yang paling penting kita hormat cara dan ragam orang itu.kalau setakat benda-benda yang remeh temeh tak payah la nak cuba ubah ikut cara kita.semua orang adalah unik.


Macam la kau bagus sangat?rileks-rileks sudah.sedang-sedang aja.


HORMAT adalah satu akhlak mulia.


Sekian untuk hari dan detik ini.


Layan teh o pun masyuk.teh o satu mamak.cepat sikit buat.haus ni.


Published with Blogger-droid v2.0.1

21 November 2011

Sea Games:Finale Bolasepak!

Hari ini aku menyeru semua warganegara malaysia untuk menyaksikan perlawanan akhir bolasepak Malaysia menentang indonesia.pastikan anda semua sudah terpacak di depan kaca tv pada pukul 8.30malam waktu malaysia.


Perlawanan yang menjadi penentu kehebatan negara kita di rantau ini.meskipun negara kita dicaci dan dihina oleh mereka kita perlu bersatu hati menyokong harimau malaya.


Gogogogogogo!


Published with Blogger-droid v2.0.1

Kesayuan Hati!

Sehari demi sehari aku meneruskan hidupku dengan penuh rasa kecewa,sedih dan lemah.aku terkapai-kapai mencari arah untuk aku melangkah dengan yakin.


Kadang-kadang aku rindukan aku yang dulu.seorang yang sentiasa ceria,yakin,bijak dalam membuat keputusan  dan mempunyai disiplin masa.begitu indah zaman itu.aku masih lagi tidak tahu di mana silapnya.aku sentiasa buntu dalam mencari penyelesaian.bagaimanakah harus aku mulakan hidupku yang baru?satu persoalan yang maha sukar untuk dijawab oleh diriku.memang.memang nampak mudah sahaja persoalan itu akan tetapi ia sebenarnya payah.


Pada saat dan detik ini,aku sedang menangisi kisah-kisah lalu.cerita-cerita perjalanan hidupku yang penuh dengan  nostalgia yang tiada terbanding nilainya.


Mungkin ada benar juga orang berkata semakin banyak cabaran dan dugaan kita tempuhi semakin hebat diri.Aku sentiasa yakin bahawa setiap kesusahan akan pasti ada kesenangan.persoalan bila dan kenapa adalah kerja Tuhan.Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.aku sebagai hambaNya yang kerdil perlu selalu bersangka baik dengan setiap apa yang berlaku.


Umurku sudah mencecah 23 tahun.masih banyak yang perlu aku lengkapkan untuk mengharungi hari-hari esok.semoga aku dapat mempersiapkan diri dengan sebaiknya.


Aku mesti kuat..aku mesti cekal.aku mesti tabah.aku juga mesti bersikap berlapang dada.aku yakin aku boleh!!


Ramai orang inginkan ketenangan dan kebahagian.tapi ramai yang tidak selalu berfikir langit tidak selalunya cerah.ingat 5 sebelum yang 5.


Doakan aku berjaya dunia dan akhirat !


Published with Blogger-droid v2.0.1

20 November 2011

Lepak!

Hari ni aku lepak-lepak je kat rumah member aku.


Ada yang berkaraoke,ada yang mengasap kemenyan dan ada juga yang minum-minum teh.


Ini lah kehidupan kami yang banyak membuang masa.hahaha


Aku nak selalu workout.kurus gila dah aku ni.haih.


Any tips?


Published with Blogger-droid v2.0.1

19 November 2011

Ketiduran

Hari ni aku masih dalam keadaan kelam kabut.waktu tidur aku tak sama dengan orang.so banyak masalah yang terjadi.


Sapa kata nak tukar time tidur senang?susah baq hang.


Kalau dulu boleh la senang sebab aku dulu selalu main bola.hampir dua tiga bulan juga aku tak main.


Aku ingat hari ni aku nak manfaatkan hari aku dengan benda yang berfaedah.


Aku malas nak cakap banyak.


Hidup ni tidak selaluny indah.kadangkala ada suramnya.maka kita kena la bersedia menghadapi segala kebarangkalian yang bakal jadi.


Tiba-tiba ja.


Published with Blogger-droid v2.0.1