Protected by Copyscape Plagiarism Detector

21 November 2011

Kesayuan Hati!

Sehari demi sehari aku meneruskan hidupku dengan penuh rasa kecewa,sedih dan lemah.aku terkapai-kapai mencari arah untuk aku melangkah dengan yakin.


Kadang-kadang aku rindukan aku yang dulu.seorang yang sentiasa ceria,yakin,bijak dalam membuat keputusan  dan mempunyai disiplin masa.begitu indah zaman itu.aku masih lagi tidak tahu di mana silapnya.aku sentiasa buntu dalam mencari penyelesaian.bagaimanakah harus aku mulakan hidupku yang baru?satu persoalan yang maha sukar untuk dijawab oleh diriku.memang.memang nampak mudah sahaja persoalan itu akan tetapi ia sebenarnya payah.


Pada saat dan detik ini,aku sedang menangisi kisah-kisah lalu.cerita-cerita perjalanan hidupku yang penuh dengan  nostalgia yang tiada terbanding nilainya.


Mungkin ada benar juga orang berkata semakin banyak cabaran dan dugaan kita tempuhi semakin hebat diri.Aku sentiasa yakin bahawa setiap kesusahan akan pasti ada kesenangan.persoalan bila dan kenapa adalah kerja Tuhan.Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.aku sebagai hambaNya yang kerdil perlu selalu bersangka baik dengan setiap apa yang berlaku.


Umurku sudah mencecah 23 tahun.masih banyak yang perlu aku lengkapkan untuk mengharungi hari-hari esok.semoga aku dapat mempersiapkan diri dengan sebaiknya.


Aku mesti kuat..aku mesti cekal.aku mesti tabah.aku juga mesti bersikap berlapang dada.aku yakin aku boleh!!


Ramai orang inginkan ketenangan dan kebahagian.tapi ramai yang tidak selalu berfikir langit tidak selalunya cerah.ingat 5 sebelum yang 5.


Doakan aku berjaya dunia dan akhirat !


Published with Blogger-droid v2.0.1

No comments:

Post a Comment