Protected by Copyscape Plagiarism Detector

12 April 2011

Kawan Baik!

Aku ada seorang kawan.Boleh juga dipanggil teman.Beliau seorang yang baik hati,suka menolong aku di kala aku susah.Walaupun,beliau tidak mempunyai pertalian darah dengan aku tetapi beliau sangat rapat denganku.Beliau selalu menjadi tempat aku berkongsi cerita walaupun kadang-kadang apabila aku call beliau,beliau yang selalu cakap.Bukan apa,aku tiada idea untuk berbual.Sungguh pelik!

Kawan aku ini tinggal di Kuala Lumpur.Lahir,membesar,bersekolah dan tinggal di sana.Kiranya memang anak jati Kay Ell la.Aku mula berkenalan dengan beliau ketika aku berumur 19 tahun.Pada waktu itu,adik aku menelefon aku,memberitahu bahawa seorang kawannya ingin mengikut perjalanan kami ke destinasi X.Aku pada awalnya agak keberatan untuk menerima permintaan ini.Hal ini disebabkan aku akan menjadi kekok sekiranya ada orang asing yang turut menyertai trip kami.Adik aku memberitahu bahawa kawannya sudah pun meminta keizinan daripada kedua ibu bapanya untuk pergi ke destinasi X.Almaklum lah destinasi X merupakan destinasi yang menarik,penuh dengan sejarah dunia.

Pertama kali aku melihat kawan adik aku itu,aku berasa sungguh tertarik dengan penampilannya.Simple dan sempoi sahaja dressingnya.Tapi menawan.Sewaktu di destinasi X aku membawa mereka bersiar-siar melihat bangunan-bangunan sejarah yang terdapat di situ.Tamat sudah satu topik bagaimana aku berjumpa dengan kawan baik aku itu.

Seterusnya,sejak dari trip itu hubungan kami mulai rapat.Aku selalu menghubungi beliau melalui yahoo messenger ataupun YM.Aku begitu teruja kerana dapat mengenali beliau dengan lebih mendalam.Pada ketika itu juga aku mengetahui bahawa beliau mempunyai seorang kawan rapat.Aku menjadi hampa.Sedih.Kecewa.Hasrat aku berkawan dengannya menjadi terbantut.

Namun,aku masih menghubunginya seperti hari-hari sebelum.Aku masih ingat beliau menyuruhku mengejut beliau untuk bangun subuh.Hal itu tidak menjadi masalah bagiku pada ketika itu.Aku akan membuat miss call kepadanya berulang-ulang kali.Menunggu sehingga sampai message melalui handphone memberitahu bahawa beliau sudah bangun.Begitulah sehari-hari.Tapi,bukan aku sahaja yang selalu mengejut beliau tetapi dia pun turut mengejutku sekiranya aku masih lagi tidur dibuai mimpi.Maka perkataan 'saling' adalah lebih sesuai untuk menerangkan perkara ini.

Cukuplah sampai di sini saja tentang cerita kawan baik ku.Akan aku sambung pada post yang berikutnya disebabkan masa yang tidak mengizinkan.Ada perkara yang perlu aku lakukan.

To my best friend:

You're the one who always help me up when i'm down.I really appreciate for all the things that you've done!





3 comments:

  1. erk..mesti awak syg sgt kat besties awak tu kan..hee =D

    ape2 pun..keep up blog'g..gud luck dlm dunia penulisan maya...jgn jadi hipokrit..=)

    ReplyDelete
  2. its nice to have a good friend.

    ReplyDelete
  3. leena - sayang2..hehe..terima kasih.saya masih dan ingin belajar.jangan malu2 nak ajar newbie macam saya nie.insya Allah,saya xhipokrit.kalau macam ye ketuk kepala saya..ok? :)

    s.u.h.a -yeah.thanx for visiting!

    ReplyDelete