Protected by Copyscape Plagiarism Detector

25 April 2011

Cuba Lagi Arsenal!






Buat penyokong pasukan Arsenal,anda boleh meneruskan cita-cita memenangi piala pada musim hadapan.

Tahun ini,super susah sikit kot..

Bye-bye Arsenal..

hehehehe..




18 April 2011

Kais Pagi!





aku tadi tiba-tiba jadi rajin.

terpfikir nak masak.

pastu nasi goreng jadi idea.

masak.masak.masak.

LEMBIK GILA NASI!



14 April 2011

Melayang!




aku berbaring bersama kucing-kucingku sambil berfikir.

pelbagai perkara yang aku fikir.semuanya tentang masa depan.

masa depan adalah hari esok.sentiasa menanti kita sekiranya takdir masih menginginkan kita terus ada.

kegelapan.sinar cahaya.dua perkara berbeza.

yang mana satu akan mengiringi.

detik ini penentu saat seterusnya.untuk aku melangkah dengan berani.

adakah masa depan aku cerah?
apakah akan aku lakukan dalam masa 10 tahun yang akan datang? 20 tahun?
kebahagiaan atau kesengsaraan?
kepuasan atau penyesalan?

persoalan yang sukar dijawab.professor dan intelek turut buntu untuk menghuraikan.jika ditanya.

aku mengambil jalan pintas.mengingatkan diriku.

semuanya telah tertulis.kita mampu mengubahnya dengan usaha.







Dokumentari!



Baru-baru ini,aku ada menonton dokumentari national geographic tentang kilang kereta ferrari di maranello,italy.dokumentari ini sungguh sedap dimakan minda ku yang kehausan bahan untuk difikir.aku akui,aku agak ketinggalan kerana dokumentari ini sudah berusia 5 tahun iaitu disiarkan pada kali pertama pada tahun 2006.aku tidak kisah kerana ini adalah suatu yang baru buat diriku.

program tv national geographic yang berdurasi selama 47 minit ini merangkumi bahagian-bahagian kilang bagi setiap department.ada kawasan buat engine,ada kawasan buat body,ada kawasan buat interior materials.siap ada litar tract lagi untuk uji kereta.memang stail.

Video ini menjadikan kereta fiorano 599 sebagai model.jika dilihat kepada prasarana kilang ferrari ini,ia dilengkapi dengan peralatan canggih dan robot-robot.terdapat satu robot yang menarik minat aku.ia digelar robot romeo dan juliet.robot ini akan memberi skru yang dilihat seolah-olah cincin kepada satu lagi robot untuk proses membuat engine.

engine ferrari sungguh power.begitu sukar untuk digambarkan design dalamannya sekiranya anda bukan seorang    engineer.sungguh complicated.banyak proses dijalankan.dokumentari ini menunjukan bagaimana besi dileburkan terlebih dahulu hanya untuk membuat acuan engine.setelah acuan siap,setiap acuan ini diperiksa agar tahap ketebalan adalah sama bagi setiap tempat.kemudian,besi yang dileburkan dimasukkan ke dalam acuan ini.setiap kebocoran atau sebarang kecacatan rangka engine diperiksa berulang kali dengan menggunakan beberapa mesin dan robot.

setelah itu,proses pemasangan injap,gear dan litar elektrik dibuat.begitu teliti aku tengok sorang-sorang pekerja dia.adakah kerana disebabkan ada kamera krew national geograpic di situ?mungkin ya,mungkin tidak.

manakala proses mengecat hampir keseluruhannya dilakukan oleh robot.setiap kerangka body ferrari ini akan disalut dengan lapisan awal terlebih dahulu untuk dijadikan asas supaya keseimbangan cat dapat dilakukan pada peringkat seterusnya.setelah proses cat mengecat selesai,terdapat robot yang ditugaskan untuk mengukur tahap ketebalan lapisan cat di setiap permukaan.sekiranya terdapat perbezaan permukaan dengan ketebalan standard,proses pengecatan ini terpaksa dilakukan semula bermula dari awal proses.

bagi pemasangan hiasan dalaman,majoriti pekerja dalam department ini adalah wanita.sebahagian besarnya makcik-makcik.semua kelihatan tekun menjahit kulit-kulit yang berkualiti tinggi untuk dijadikan sarung kerusi,dashboard dan sebagainya.jahitan mereka memang halus dan berseni.

setelah kesemua proses siap,kerja pengumpulan akan dilakukan untuk memasang ke semua bahagian-bahagian kereta tadi.dari kerangka kereta hinggalah ke ekzos.ia dipasang selama beberapa hari.maaf aku tak berapa ingat bilangan hari yang diperlukan untuk semua proses ini.

kemudian,kereta ini akan dipandu uji oleh pemandu yang otai di litar 3km di dalam kawasan kilang ini.sekiranya ke semuanya lancar,ia akan dipandu uji sekali lagi di jalan raya,di kawasan berbukit,dan di bandar.proses ini adalah perlu bagi menilai tahap kesempurnaan engine.

untuk memendekkan cerita,proses membuat ferrari memang kemas dan fully checked dari sebesar-besar benda hingga ke sekecil-kecil benda.jadi tidak hairan lah sekiranya harganya mencecah berjuta-juta ringgit.memang tahan.namun aku agak kecewa kerana tidak dapat melihat proses membuat kereta proton mahupun produa.sekurang-kurangnya dapat juga aku membuat beberapa perbandingan antara keduanya.

ferrari memang nama yang gah di arena permotoran.tetapi tahukah anda,enzo ferrari adalah orang yang mencipta kereta jenama ini dan tidak pernah bercadang untuk membuat kereta untuk digunakan di atas jalan raya.dia hanya mahu mencipta kereta untuk berlumba sahaja.

kesan daripada video ini,aku berasa berminat untuk mengkaji kereta-kereta canggih.untuk itu, aku sedang mendownload proses membuat kereta lamborghini.juga sebuah dokumentari daripada national geographic.

Maharaja Lawak!

selamat pagi buat semua.hari ini merupakan hari khamis.esok dah jumaat.sekejap saja masa berlalu pergi.alih-alih,kitaran masa sedang berputar tanpa menunggu kita.benar,amatlah rugi bagi mereka yang tidak memanfaatkan masa mereka dengan betul.bagi mereka yang bekerja,teruskan bekerja dan yang belajar teruskan belajar.tetapi jika hendak melakukan sesuatu perkara,biarlah bijak.bijak dalam mengurus masa agar kehidupan menjadi sejahtera serta bebas dari tekanan.

untuk menuju ke arah itu,kita perlukan bahan hiburan yang boleh memberi keceriaan kepada kehidupan kita.sedang aku melayari internet,aku terjumpa slot maharaja lawak di youtube.aku mula menontonnya dari minggu pertama hinggalah ke minggu kedua,yang paling latest buat setakat ini.

pada aku,maharaja lawak adalah rancangan hiburan humor yang boleh tahan.tidak seperti raja lawak yang seakan-akan rancangan yang kurang meyengat.material lawak yang kurang 'kow'.bagi pengetahuan semua,maharaja lawak adalah himpunan peserta-peserta dari finalis-finalis raja lawak sebelum ini.so,secara tidak langsung,kualiti lawak diperoleh serta diadun dengan pengalaman para peserta di dalam dunia seni yang realiti.para peserta dikutip dari musim awal rancangan hingga rancangan raja lawak musim yang terbaru iaitu raja lawak 5.

memang,terdapat juga peserta-peserta yang low class dalam rancangan maharaja lawak ini.aku malas nak menyebut nama.semua boleh menilai.ada juga yang mempersembahkan prestasi yang turun naik.mungkin masih terlalu awal untuk kita mengadili mereka.namun,secara keseluruhan,bagi aku,rancangan ini lebih kelakar daripada raja lawak.berbaloi juga la kalau nak tengok.berbeza dengan raja lawak,penonton-penonton dilihat lebih gemar melihat johan dan zizan beraksi sebagai pengacara berbanding peserta.

AC Mizal menjadi hos bagi rancangan ini.boleh la.ingin aku nyatakan secara terbuka,aku menyokong kumpulan jambu,gandingan Yus dan Tauke dari rancangan raja lawak musim pertama.persembahan mereka agak kreatif dan matang.idea yang lain dari yang lain.lawak mereka dilihat lebih bersahaja tanpa perlu dibuat-buat.para peserta lain pun ada umhp tapi perlu diperkemaskan dengan idea-idea yang menarik.

apa pun,aku menunggu minggu-minggu yang seterusnya.harapan aku,kualiti lawak dipertingkatkan.ya,bukan senang untuk berlawak.tetapi sekurang-kurangnya mereka dapat memberi idea-idea yang terbaik bagi menambat hati para penonton dan bukannya mempersembahkan persembahan seolah-olah membodohkan diri kita di atas pentas.








13 April 2011

Happy Birthday Mama!

13 April adalah hari lahir Mama saya.

Maka dengan itu,Aku ingin mendedikasikan post ini buat insan yang mulia,Mama.

Mama,

Terima Kasih kerana selama ini banyak bersabar dengan karenah anakmu ini.Membesar dan mendidik demi melihat anakmu ini berjaya menjadi seorang manusia yang berguna.Walau apa pun tawaran dan ganjaran masih tidak mampu untuk membalas pengorbananmu selama ini,Mama.Hanya Allah yang tau segala perit dan jerih kesabaran dan pengorbananmu dalam membesarkan ku dan adik beradik yang lain.

Selamat Hari Lahir buat Mama yang sentiasa di hati dan disayangi!
Semoga Allah memurahkan rezeki,memanjangkan usia,sihat walafiat dan sentiasa dalam rahmatNya.

Amin !!



Glory,Glory!




Seperti yang aku ramalkan,Manchester United berjaya melayakkan diri ke semi final Champions League dengan aggreget yang bergaya 3-1.

Gol-gol dijaringkan oleh Chicharito dan Park Ji Sung.Memang stail la gol Park.Kemas!

Hasil daripada kemenangan ini.Manchester United bakal berhadapan dengan team dari German,Shalke 04.Boleh tahan jugak team Shalke ni.

Apa pun,Manchester tetap rules !!

Glory,Glory, Manutd !!


12 April 2011

Kawan Baik!

Aku ada seorang kawan.Boleh juga dipanggil teman.Beliau seorang yang baik hati,suka menolong aku di kala aku susah.Walaupun,beliau tidak mempunyai pertalian darah dengan aku tetapi beliau sangat rapat denganku.Beliau selalu menjadi tempat aku berkongsi cerita walaupun kadang-kadang apabila aku call beliau,beliau yang selalu cakap.Bukan apa,aku tiada idea untuk berbual.Sungguh pelik!

Kawan aku ini tinggal di Kuala Lumpur.Lahir,membesar,bersekolah dan tinggal di sana.Kiranya memang anak jati Kay Ell la.Aku mula berkenalan dengan beliau ketika aku berumur 19 tahun.Pada waktu itu,adik aku menelefon aku,memberitahu bahawa seorang kawannya ingin mengikut perjalanan kami ke destinasi X.Aku pada awalnya agak keberatan untuk menerima permintaan ini.Hal ini disebabkan aku akan menjadi kekok sekiranya ada orang asing yang turut menyertai trip kami.Adik aku memberitahu bahawa kawannya sudah pun meminta keizinan daripada kedua ibu bapanya untuk pergi ke destinasi X.Almaklum lah destinasi X merupakan destinasi yang menarik,penuh dengan sejarah dunia.

Pertama kali aku melihat kawan adik aku itu,aku berasa sungguh tertarik dengan penampilannya.Simple dan sempoi sahaja dressingnya.Tapi menawan.Sewaktu di destinasi X aku membawa mereka bersiar-siar melihat bangunan-bangunan sejarah yang terdapat di situ.Tamat sudah satu topik bagaimana aku berjumpa dengan kawan baik aku itu.

Seterusnya,sejak dari trip itu hubungan kami mulai rapat.Aku selalu menghubungi beliau melalui yahoo messenger ataupun YM.Aku begitu teruja kerana dapat mengenali beliau dengan lebih mendalam.Pada ketika itu juga aku mengetahui bahawa beliau mempunyai seorang kawan rapat.Aku menjadi hampa.Sedih.Kecewa.Hasrat aku berkawan dengannya menjadi terbantut.

Namun,aku masih menghubunginya seperti hari-hari sebelum.Aku masih ingat beliau menyuruhku mengejut beliau untuk bangun subuh.Hal itu tidak menjadi masalah bagiku pada ketika itu.Aku akan membuat miss call kepadanya berulang-ulang kali.Menunggu sehingga sampai message melalui handphone memberitahu bahawa beliau sudah bangun.Begitulah sehari-hari.Tapi,bukan aku sahaja yang selalu mengejut beliau tetapi dia pun turut mengejutku sekiranya aku masih lagi tidur dibuai mimpi.Maka perkataan 'saling' adalah lebih sesuai untuk menerangkan perkara ini.

Cukuplah sampai di sini saja tentang cerita kawan baik ku.Akan aku sambung pada post yang berikutnya disebabkan masa yang tidak mengizinkan.Ada perkara yang perlu aku lakukan.

To my best friend:

You're the one who always help me up when i'm down.I really appreciate for all the things that you've done!





Manchester United vs Chelsea!




Malam ini akan berlangsungnya perlawanan dramatik di antara pasukan kegemaran aku, Manchester United dan team ayam Chelsea.Perlawanan dijadualkan berlangsung pada pukul 2.45am waktu Malaysia.Sudah semestinya perlawanan ini bakal mendapat liputan peminat-peminat di seluruh dunia kerana perlawanan ini adalah pertembungan paling menarik bagi peringkat suku akhir Champions League.

Pada perlawanan 1st Leg,Manchester United berjaya meng'sampah'kan Chelsea dengan jaringan tipis 1-0 hasil jaringan yang memang stail dari Wayne Rooney.Perlawanan tersebut menyaksikan Chelsea sebagai tuan rumah kehilangan idea untuk membuat umpanan-umpanan yang tepat kepada striker mereka iaitu Drogba dan Torres.Pada aku,Torres hanya sekadar pelengkap senarai kesebelasan kerana tiada apa-apa yang disumbangkan olehnya melainkan sekadar berlakon merebahkan badan bagi meminta simpati refree untuk mendapatkan penalty.

Apa pun,aku harap Manchester United dapat menang malam ini dengan bergaya.Aku bajet 2-1 game malam ini.Semestinya lah Manchester United yang menang.Aku juga berharap Pak Alex dapat menggunakan formation menyerang seperti 4-3-3.Gol awal amat diperlukan bagi memastikan semangat anak-anak buah Carlo Ancelotti luntur.Kepada Chelsea,sampai di sini saja perjuangan kamu.Tahun depan melabur lagi.

My probable lineup would be this way ;

Formation : 4-3-3

Starting     :Van Der Sar,O'shea,Vidic,Ferdinand,Evra,Carrick,Anderson,Scholes,Valencia,Nani,Rooney

Sekolah Rendah!

Pada detik dan ketika ini jam sudah menunjukkan pukul 9.27am waktu Malaysia.Aku masih lagi buntu memikirkan nasib aku pada masa yang mendatang.Aku menjadi resah,bimbang,cemas.Kadang-kadang aku menjerit menyalahkan diriku kerana mengulangi kesilapan yang sama.

Aku masih ingat lagi pada ketika aku berada di alam persekolahan banyak pengalaman manis dan pahit aku lalui.Untuk meringkaskan cerita alam persekolahanku,aku bersekolah kampung di Kepala Batas,Pulau Pinang.Aku mengharungi darjah satu dengan keputusan yang agak sederhana.Aku masih ingat lagi pada peperiksaan akhir tahun aku mendapat tempat ke tujuh belas di dalam kelas.Kemudian,aku menjejaki darjah dua di mana aku masih lagi kekal di dalam kelas yang sama kerana pada waktu itu kedudukan kelas pertama dan seterusnya hanya ditentukan sebaik saja memasuki darjah tiga.

Darjah dua merupakan tahun yang banyak mengajarku untuk belajar.Aku masih lagi di takuk lama.Peperiksaan akhir tahun seperti biasa aku mendapat kedudukan yang biasa-biasa saja.Lantaran itu,aku terpaksa turun ke kelas kedua kerana kedudukan aku di dalam darjah agaklah teruk.Mama begitu memarahiku kerana kawan sepermainanku di kampung berjaya menempatkan diri di kelas yang pertama.Aku berasa sedih kerana membuat mama kecewa.

Pengalaman aku ketika di darjah dua dan satu memberikan aku perangsang untuk terus berjaya.Ketika aku darjah tiga,aku selalu mengingatkan diriku supaya berani bertanya cikgu sekiranya aku mempunyai masalah dalam memahami sesuatu pelajaran.Ya,aku agak malu ketika aku berada di darjah satu dan dua.Berbalik kepada isi pokok,aku juga selalu berpesan kepada hatiku untuk menjawab setiap soalan yang cikgu lontarkan  di dalam kelas.Akhirnya,tahap keyakinan diriku meningkat.Aku semakin bernafsu untuk belajar kerana strategi aku berjaya.Pada peperiksaan akhir tahun aku berjaya mendapat nombor tiga.Sungguhpun bukan berada pada kedudukan yang terbaik di dalam kelas,aku merasa puas dek kerana dengan keputusan itu melayakkan diriku untuk kembali ke kelas yang pertama.

Darjah 4 dan 5,aku hanya mengekalkan tempat di kelas yang pertama.Jika dilihat kepada keputusan peperiksaanku,ternyata keputusan yang ala kadar.Kedudukan yang di tengah-tengah.Nombor belasan sudah menjadi milikku pada ketika itu.Setibanya waktu aku melangkah ke darjah 6,aku telah dibasuh oleh mama dan baba supaya menggandakan usaha agar aku beroleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

Jadual harian persekolahan aku mudah.Pada pukul 7am aku akan berangkat ke sekolah dan waktu persekolahan akan berakhir pada pukul 1.15pm.Sebaik saja sesi persekolahan berakhir,aku akan bergegas pulang ke rumah yang terletak tidak berapa jauh dari sekolahku.Aku akan bersiap-siap untuk kembali ke sekolah kerana sesi tuisyen kelolaan sekolah bakal bermula.Tuisyen ini memakan masa selama satu jam setengah.Sudah pastinya berakhir pada jam 3pm.

Pada pukul 3pm pula,aku akan bergegas pulang ke rumah untuk bersiap-siap pergi ke sekolah agama.Di sekolah agama ini aku banyak belajar tentang ilmu-ilmu Islam seperti Tauhid,Sirah Nabi,Akhlak,Fekah dan macam-macam lagi.Waktu persekolahan di sekolah agama ini bermula dari pukul 3pm-6pm.

Sementara pada waktu malam pula,aku perlu menghadiri kelas tambahan kelolaan PIBG yang bermula pada pukul 8pm sehingga pukul 10pm.Jadual ini berlangsung selama berbulan-bulan.Aku masih lagi tidak percaya,aku boleh menyesuaikan diri dengan jadual yang padat sebegini.

Bagi aktiviti kokurikulum pula aku hanya melibatkan diri dalam sukan bola sepak,olahraga dan bola baling.Aku berjaya mewakili sekolah.Sedikit sebanyak dapat menyumbang keringat bagi nama sekolah.

Alhamdulillah,pada peperiksaan UPSR,aku beroleh kejayaan yang cemerlang dengan mendapat 5A.Aku bersyukur kepada Allah swt kerana memperkenankan doaku dan usahaku selama ini.Kedua ibu bapa ku turut gembira dengan keputusan ini.Seluruh keluargaku turut menumpang gembira.

Sebaik saja pulang ke rumah setelah mendapat keputusan UPSR,aku mula menyimpan angan-angan untuk menyambung pelajaran ke sekolah berasrama penuh.Namun,Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.Aku tidak mendapat apa-apa sebarang tawaran daripada pihak SBP.Namun,SMKA Al-Irshad menjadi destinasiku di alam menengah rendah.Sejak itu,aku memasang impian untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).

Itu saja buat kali ini.Aku akan menyambung cerita pengalamanku di sekolah menengah pada post yang akan datang.Kenangan sekolah rendah adalah kenangan yang mampu membuatkan kita tersenyum dengan tindak-tanduk kita yang memang kebudak-budakan.