Protected by Copyscape Plagiarism Detector

14 April 2011

Dokumentari!



Baru-baru ini,aku ada menonton dokumentari national geographic tentang kilang kereta ferrari di maranello,italy.dokumentari ini sungguh sedap dimakan minda ku yang kehausan bahan untuk difikir.aku akui,aku agak ketinggalan kerana dokumentari ini sudah berusia 5 tahun iaitu disiarkan pada kali pertama pada tahun 2006.aku tidak kisah kerana ini adalah suatu yang baru buat diriku.

program tv national geographic yang berdurasi selama 47 minit ini merangkumi bahagian-bahagian kilang bagi setiap department.ada kawasan buat engine,ada kawasan buat body,ada kawasan buat interior materials.siap ada litar tract lagi untuk uji kereta.memang stail.

Video ini menjadikan kereta fiorano 599 sebagai model.jika dilihat kepada prasarana kilang ferrari ini,ia dilengkapi dengan peralatan canggih dan robot-robot.terdapat satu robot yang menarik minat aku.ia digelar robot romeo dan juliet.robot ini akan memberi skru yang dilihat seolah-olah cincin kepada satu lagi robot untuk proses membuat engine.

engine ferrari sungguh power.begitu sukar untuk digambarkan design dalamannya sekiranya anda bukan seorang    engineer.sungguh complicated.banyak proses dijalankan.dokumentari ini menunjukan bagaimana besi dileburkan terlebih dahulu hanya untuk membuat acuan engine.setelah acuan siap,setiap acuan ini diperiksa agar tahap ketebalan adalah sama bagi setiap tempat.kemudian,besi yang dileburkan dimasukkan ke dalam acuan ini.setiap kebocoran atau sebarang kecacatan rangka engine diperiksa berulang kali dengan menggunakan beberapa mesin dan robot.

setelah itu,proses pemasangan injap,gear dan litar elektrik dibuat.begitu teliti aku tengok sorang-sorang pekerja dia.adakah kerana disebabkan ada kamera krew national geograpic di situ?mungkin ya,mungkin tidak.

manakala proses mengecat hampir keseluruhannya dilakukan oleh robot.setiap kerangka body ferrari ini akan disalut dengan lapisan awal terlebih dahulu untuk dijadikan asas supaya keseimbangan cat dapat dilakukan pada peringkat seterusnya.setelah proses cat mengecat selesai,terdapat robot yang ditugaskan untuk mengukur tahap ketebalan lapisan cat di setiap permukaan.sekiranya terdapat perbezaan permukaan dengan ketebalan standard,proses pengecatan ini terpaksa dilakukan semula bermula dari awal proses.

bagi pemasangan hiasan dalaman,majoriti pekerja dalam department ini adalah wanita.sebahagian besarnya makcik-makcik.semua kelihatan tekun menjahit kulit-kulit yang berkualiti tinggi untuk dijadikan sarung kerusi,dashboard dan sebagainya.jahitan mereka memang halus dan berseni.

setelah kesemua proses siap,kerja pengumpulan akan dilakukan untuk memasang ke semua bahagian-bahagian kereta tadi.dari kerangka kereta hinggalah ke ekzos.ia dipasang selama beberapa hari.maaf aku tak berapa ingat bilangan hari yang diperlukan untuk semua proses ini.

kemudian,kereta ini akan dipandu uji oleh pemandu yang otai di litar 3km di dalam kawasan kilang ini.sekiranya ke semuanya lancar,ia akan dipandu uji sekali lagi di jalan raya,di kawasan berbukit,dan di bandar.proses ini adalah perlu bagi menilai tahap kesempurnaan engine.

untuk memendekkan cerita,proses membuat ferrari memang kemas dan fully checked dari sebesar-besar benda hingga ke sekecil-kecil benda.jadi tidak hairan lah sekiranya harganya mencecah berjuta-juta ringgit.memang tahan.namun aku agak kecewa kerana tidak dapat melihat proses membuat kereta proton mahupun produa.sekurang-kurangnya dapat juga aku membuat beberapa perbandingan antara keduanya.

ferrari memang nama yang gah di arena permotoran.tetapi tahukah anda,enzo ferrari adalah orang yang mencipta kereta jenama ini dan tidak pernah bercadang untuk membuat kereta untuk digunakan di atas jalan raya.dia hanya mahu mencipta kereta untuk berlumba sahaja.

kesan daripada video ini,aku berasa berminat untuk mengkaji kereta-kereta canggih.untuk itu, aku sedang mendownload proses membuat kereta lamborghini.juga sebuah dokumentari daripada national geographic.

No comments:

Post a Comment